1. Untuk keluarkan pelajar beramai-ramai, pergi ke tab Pentadbir dan pilih kelas mereka.
2. Tekan butang anak panah, dan pilih Keluarkan Pelajar.
3. Akan timbul keratan dan anda perlu mengisi bahagian-bahagian yang diperlukan.
Ini termasuk senarai nama pelajar, sebab pengeluaran, dan hari terakhir.
a. Pilih/Nyahpilih Pelajar
Secara Ramai
Nyahpilih Semua- Ini akan nyahpilih semua pelajar dan tanda akan bertukar kelabu
Pilih Semua - Ini akan memilih semua pelajar dan tanda akan bertukar hijau
Secara individu
Nyahpilih: Tekan tanda hijau di sebelah nama pelajar untuk nyahpilih. Tanda akan bertukar kelabu
Pilih: Tekan pada tanda kelabu di sebelah nama pelajar untuk pilih. Tanda akan bertukar hijau
b. Sebab Pengeluaran
Sama
Semua pelajar akan mempunyai sebab pengeluaran yang sama dengan apa yang dipilih daripada pilihan di bawah.
Berbeza
Anda boleh pilih sebab yang berbeza bagi setiap pelajar dengan memilih salah satu pilihan yang diberi.
c. Hari Terakhir
Pilih tarikh pengeluaran pelajar.
Selepas itu, tekan "Tarik Balik" untuk meneruskan pengeluaran.