Sekarang, pelbagai peranan mempunyai pilihan untuk mempunyai Akses Data. Ini akan memberi limitasi kepada pengguna untuk eksport beberapa data dalam LittleLives.
Di mana anda boleh mencari tetapan Akses Data?
Langkah 1: Pada tab Pentadbir, tekan profil kakitangan.
Langkah 2: Tekan Edit Profil untuk melihat maklumat profil kakitangan.
Bagaimana untuk memberi Akses Data kepada kakitangan?
a. Pentadbir (yang mempunyai Akses Data) akan dapat mengawal akses data kakitangan.
b. Pengguna tanpa akses data tidak dapat memberi akses data.
Langkah 1: Pada tab Pentadbir, tekan profil kakitangan
Langkah 2: Tekan Edit Profil ntuk melihat maklumat profil kakitangan
Langkah 3: Skrol ke opseyn Akses Data
Langkah 4: Tanda kotak tersebut untuk memberi Akses Data kepada kakitangan
(Nyahtanda kotak tersebut jika Akses Data tidak diperlukan)
Langkah 5: Tekan Simpan untuk menyimpan perubahan
Bagaimana opsyen Akses Data memberi kesan kepada pelbagai peranan?
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui bagaimana Akses Data memberi kesan kepada pelbagai peranan.
Pentadbir
Jika akses data dibenarkan (ditanda) :
Pentadbir: Lihat dan benarkan eksport data kakitangan dan pelajar dalam 'Edit Organisasi'
Pentadbir: Tab Dokumen boleh dilihat
Pentadbir: Membenarkan pengguna untuk muat naik dan lihat dokument pada profil pelajar
Laporan: Membenarkan eksport pelbagai jenis laporan ke dalam excel
Peranan Guru
Jika akses data dibenarkan (ditanda) :
Pentadbir: Lihat dan eksport senarai pelajar daripada tahap kelas
Pentadbir: Lihat Tab Dokumen pada profil pelajar
Pentadbir: Membenarkan pengguna untuk muat naik dan lihat dokument pada profil Pelajar
Laporan: Membenarkan eksport pelbagai jenis laporan ke dalam excel (yang berkenaan kepada guru)
Peranan Eksekutif
Jika akses data dibenarkan (ditanda) :
Pentadbir: Lihat dan eksport senarai pelajar daripada tahap kelas
Pentadbir: Lihat Tab Dokumen pada profil pelajar
Pentadbir: Membenarkan pengguna untuk muat naik dan lihat dokument pada profil Pelajar
Laporan: Membenarkan eksport pelbagai jenis laporan yang berkenaan kepada eksekutif)
Bagaimana Akses Data memberi kesan kepada Nombor Sijil Kelahiran pelajar dalam Laporan HTML?
Sekarang, pengguna yang mempunyai peranan akses data akan dapat melihat Nombor Sijil Kelahiran pelajar secara penuh apabila mencetak Laporan HTML. Manakala, pengguna tanpa akses data hanya dapat melihat Nombor Sijil Kelahiran pelajar yang terlindung. Pada nombor sijil kelahiran pelajar, karakter yang terlindung adalah dari karekter kedua sehingga keempat. Ini adalah bagi mempertingkatkan sekuriti data pelajar.
Langkah 1: Tekan tab "Laporan" pada laman sesawang.
Langkah 2: Tekan pada anak panah di sebelah "Laporan Kehadiran" dan pilih laporan yang diperlukan. (Contoh: Laporan Kehadiran)
Langkah 3: Pada rajah ringkasan bulanan, tekan pada ikon Cetak/Eksport dan tekan Cetak untuk menjana laporan HTML.
Langkah 4: Tab yang baru akan muncul dengan menunjukkan laporan HTML yang dipilih tadi.
Pengguna dengan akses data akan dapat melihat / eksport laporan yang menunjukkan nombor sijil kelahiran pelajar yang penuh.
Manakala, pengguna tanpa akses data hanya dapat melihat / eksport laporan yang mempunyai nombor sijil kelahiran pelajar yang terlindung.