Apakah "Pending Class"?
"Pending Class" adalah untuk menempatkan pelajar yang masih menunggu untuk didaftarkan ke dalam sekolah. Pihak sekolah boleh menjana invois untuk pelajar di dalam kelas ini. Pelajar-pelajar di dalam kelas ini tidak akan termasuk dalam jumlah keseluruhan pelajar di sekolah pada tab Admin, dan juga dalam laporan kehadiran sekolah.
1. Log masuk ke laman web https://www.littlelives.com.
2. Sebagai Pentadbir, klik tab Pentadbir di bahagian atas menu.
3. Dalam tab Pentadbir, tekan butang Tambah Kelas.
4. Dalam halaman Tambah Kelas, masukan maklumat berkenaan.
- Nama Kelas
- Tahap : Pilih Kelas Pegangan
- Sesi
- Jenis Kelas: Pilih "Pending Class"
5. Setelah selesai, klik Simpan.
6. Setelah simpan, kelas yang dibuat akan muncul dalam tab Pentadbir dengan serta merta.
Bagaimana untuk memasukkan pelajar yang telah didaftarkan ke dalam "Pending Class"?
1. Sebagai seorang Pentadbir, klik pada tab Pendaftaran.
2. Klik pada nama pelajar yang telah didaftar untuk pergi ke halaman pendaftaran pelajar tersebut.
3. Skrol ke bawah untuk ke bahagian Minat #1, dan klik pada Pindah ke, kemudian pilih Telah Didaftarkan.
4. Pada paparan Maklumat Pendaftaran, Pilih "Pending Class" untuk memasukkan pelajar di dalam kelas tersebut. Masukkan nota jika perlu.
5. Pelajar tersebut akan dimasukkan ke dalam "Pending Class" pada tab Pentadbir dan anda boleh menjana invois untuk pelajar tersebut di bahagian Kewangan.