*Baru* LittleLives telah melancarkan modul Jadual waktu untuk membantu sekolah berkongsi jadual waktu harian ibu bapa jadual waktu harian bagi anak-anak mereka.
Apakah Manfaat Jadual Waktu?
Ibu bapa dapat mengawasi aktiviti harian anak mereka di sekolah. Jadual waktu dipaparkan dengan khusus mengikut hari.
Dimanakah ciri baru ini?
Nota:
Sila hubungi pasukan sokongan LittleLives untuk mengaktifkan modul ini untuk sekolah anda.Anda akan dapat melihat pilihan “Jadual” di bawah tab “Komunikasi”, sekiranya pilihan ini tidak muncul, sila log keluar dan masuk semula ke laman web untuk memuatkan perubahan web.
Langkah 1: Pergi ke tab Komunikasi, kemudian klik Jadual
Langkah 2: Klik Muat Naik di halaman kanan di bahagian atas
Langkah 3: Teruskan dengan klik Muat Turun Templat.
Langkah 4: Isi dan lengkapkan templat dan simpan fail tersebut.
Tips: Semua ruangan berwarna kuning wajib di isi
Langkah 5: Muat naik fail yang disimpan ke LittleLives dan sistem akan menyemak sekiranya terdapat sebarang ralat. Anda boleh klik butang Seterusnya untuk langkah seterusnya
Pengguna boleh pratonton fail yang dimuatnaik dan boleh teruskan untuk menerbitkan fail dengan mengklik Muat Naik.
Langkah 6: Pengguna boleh melakukan proses yang sama bagi kelas lain.
Step 7: Notifikasi akan ditunjukkan pada aplikasi Little Family R untuk ibu bapa dan juga di tab Berita.
Langkah 8: Ibu bapa boleh melihat Jadual Waktu anak mereka mengikut hari. Jika mereka ingin melihat Jadual Waktu pada hari lain, mereka hanya perlu memilih tarikh yang berkenaan.