Fungsi pengumuman (Broadcast)
Bahagian pengumuman boleh diguna untuk menyiar mesej kepada umum. Ia juga boleh diguna untuk menyiar pengumuman kepada satu kelas, beberapa kelas tertentu atau semua kelas di sekolah anda!
Di bawah ialah contoh penggunaan umum pengumuman (Broadcast):
Pengumuman Umum untuk Warga Sekolah / Pesanan Umum
contoh: berita tentang kes HMFD, acara sekolah yang akan datang dan sebagainya kepada kumpulan besar penerima (contoh: semua ibu bapa dalam satu sekolah/kelas.
Mesej yang Tidak Memerlukan Tindak Balas
(contoh: "Sekolah ditutup untuk Hari Sukan")
Mesej yang Memerlukan Balasan Hanya Sekali
contoh: "Sekolah akan mengadakan Hari Sukan pada 1 Oktober 2019. Sila nyatakan kehadiran anda pada acara tersebut".